Ahad, 21 Februari 2010
Pada bulan Oktober tahun 2009 yang lalu, Sekolah berasrama penuh Integrasi Batu Rakit (BRaInS) telah mengadakan satu perlawanan bola sepak bawah 14 tahun bagi mencungkil bakat-bakat baru dalam dunia bola sepak. Perlawanan ini telah dianjurkan oleh guru pasukan bola sepak sekolah iaitu En. Asman bin Ismail. Sebelum bermulanya perlawanan ini, pelajar-pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang dianggotai oleh lima orang. Kumpulan yang dijangkakan menang adalah kumpulan Sepanyol kerana sebahagian besar pemain dalam kumpulan itu ialah pemain yang pernah mewakili sekolah belaka. Perlawanan akhir telah menyaksikan dua pasukan yang sama hebat iaitu kumpulan Sepanyol dan kumpulan England. Pasukan Sepanyol bernasib baik kerana mendapat laluan yang mudah untuk ke final, manakala pasukan Englandterpaksa bersusah payah kerana terpaksa menghadapi lawan-lawan yang kuat sebelum boleh tiba ke final. Akhirnya, tuah memihak kepada pasukan England juga kerana mereka telah berjaya mengalahkan pasukan Sepanyol sebanyak 2-1. Gol kemenangan mereka telah dijaringkan oleh Mohd Adri Ikram dari kelas 2 Kualiti pada minit-minit yang terakhir. Hadiah telah disampaikan oleh pengetua sekolah BRaInS pada perhimpunan hari ahad seminggu sejurus perlawanan tersebut selesai.buat yang menang setinggi-tinggi TAHNIAH diucapkan dan bagi yang KALAH pula, jangan sedih tetapi cuba lagi pada masa yang akan datang..............
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan