Ahad, 21 Februari 2010

Kejohanan Olahraga Tahunan BRaInS

Pada 16-18 Februri yang lalu, sekolah berasrama penuh integrasi batu rakit telah (BRaInS) telah mengadakan satu kejohanan olahraga. Kejohanan ini adalah kejohanan yang keenam kalinya diadakan di sekolah ini. kejohanan tersebut telah berlangsung dengan meriah sekali kerana kebanyakan daripada rekod-rekod lama sekolah ini telah berjaya dipecahkan oleh atlit-atlit (BRaInS) pada kali ini. Antara acara-acara yang telah dipertandingkan untuk kejohanan pada kali ini ialah acara 100 meter, 200 meter,400 meter,4x100meter,4x400meter dan lain-lain lagi. Seperti tahun-tahun lepas juga , juara kejohanan pada kali sekali lagi telah diungguli oleh rumah USAMAH BIN ZAID (rumah biru). Ini kerana rumah Usamah mempunyai ramai atlit-atlit terbilang diantara mereka. Rumah THARIQ BIN ZIAD (rumah hijau) pula hanya boleh menggigit jari apabila sekadar meraih naib johan pada kejohanan kali ini. Olahragawan L15 telah disandang oleh Mohd Hafiz bin Zalani dari rumah Usamah manakala olahragawan L18 telah dinobatkan kepada Nik Mohd Azuan dari rumah Khalid(rumah merah). Bagi anugerah olahragawati pula, untuk kategori P15 telah disandang oleh Nur Syazana binti Shamsuddin manakala untuk kategori P18 pula telah dinobatkan kepada Nur Safiyyah dari rumah Usamah.............
Pada bulan Oktober tahun 2009 yang lalu, Sekolah berasrama penuh Integrasi Batu Rakit (BRaInS) telah mengadakan satu perlawanan bola sepak bawah 14 tahun bagi mencungkil bakat-bakat baru dalam dunia bola sepak. Perlawanan ini telah dianjurkan oleh guru pasukan bola sepak sekolah iaitu En. Asman bin Ismail. Sebelum bermulanya perlawanan ini, pelajar-pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang dianggotai oleh lima orang. Kumpulan yang dijangkakan menang adalah kumpulan Sepanyol kerana sebahagian besar pemain dalam kumpulan itu ialah pemain yang pernah mewakili sekolah belaka. Perlawanan akhir telah menyaksikan dua pasukan yang sama hebat iaitu kumpulan Sepanyol dan kumpulan England. Pasukan Sepanyol bernasib baik kerana mendapat laluan yang mudah untuk ke final, manakala pasukan Englandterpaksa bersusah payah kerana terpaksa menghadapi lawan-lawan yang kuat sebelum boleh tiba ke final. Akhirnya, tuah memihak kepada pasukan England juga kerana mereka telah berjaya mengalahkan pasukan Sepanyol sebanyak 2-1. Gol kemenangan mereka telah dijaringkan oleh Mohd Adri Ikram dari kelas 2 Kualiti pada minit-minit yang terakhir. Hadiah telah disampaikan oleh pengetua sekolah BRaInS pada perhimpunan hari ahad seminggu sejurus perlawanan tersebut selesai.buat yang menang setinggi-tinggi TAHNIAH diucapkan dan bagi yang KALAH pula, jangan sedih tetapi cuba lagi pada masa yang akan datang..............